Tuesday, December 29, 2009

Pengenalan

Assalamualaikum semua,
Bagi para pengantin yang bakal mengakhiri zaman bujang tak lama lagi,tentu tercari-cari atau terfikir apakah barangan hantaran yang masih belum dalam list. Biskut hantaran dari buah-buahan tempatan merupakan salah satu idea untuk anda. Hantaran yang unik & lain dari yang lain. Sebelum itu,mari saya cerita sedikit tentang biskut hantaran ini.

Dahulu sebelum berkahwin,saya aktif menjalankan perniagaan biskut hantaran ni. Musim perkahwinan ni ada pasang surutnya. Jadi setelah saya mendapat pelbagai panggilan telefon dari banyak pihak bertanyakan perniagaan saya ini,terpanggil untuk aktif semula. Produk ni merupakan dari produk tempatan dari perak yang mana merupakan industri desa disana. Semasa saya belum berkahwin, di PCM jugalah segalanya bermula. Ketika aktif menjual biskut hantaran ni saya mendapat panggilan dari Majalah pengantin yang berminat untuk mempromosikan lebih luas tentang biskut hantaran yang unik ini. Saya amat bertuah kerna dapat peluang sebegini,batu lonjakkan yang sangat bagus. Terima kasih pada mama noraini sebab beri saya peluang untuk menjadi ejen di KL ketika itu & sekali gus menaikkan perniagaan ini.

 

Ratu Sehari Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template